Rabu, 30 Januari 2013

HAI HATI..sabar eh..

ASSALAMUALAIKUM

korg, malam ni macam2 berlaku kat aku. PERTAMA aku diarahkan supaya pindah bilik lagi !! bilik baru tu sememangnya besar, tetapi agak menyeramkan la jugakkan..sebab bilik tu tak de org duduk, jin dah bertapa kat situ. tadi aku menyapu, mengemop, memindah harta milik aku yg sgt 'sikit'..HAHA..penat la jugak lemak-lemak n tulang-belulang aku ni.. nasib baik aku ni kuat HAHA (kuatlah sgt) pstu aku tertidur kat bilik tu, sampailah kak uni and kak pila dtg..diorg tadi ade kelas, sebab tu la aku ngan norfa je yg kemas. aku tidur kat bawah..honestly aku ckp, aku tak angkut lagi cadar aku, malas bercampur dengan penat, semua bende tak jalan.

peristiwa KEDUA kalau tidak, tadi aku ade liqo' a.k.a perjumpaan untuk assignment ULUM QURAN. memandangkan aku tengah sibuk dengan bilik baru, aku tak sempat la join..sebenarnya sempat je, tapi ketika itu pula suatu peristiwa menghiris hati berlaku..JENG JENG JENG . aku masuk bilik kawan aku tadi, diorg bukan buat assignment tu, sorg bukak fesbuk, sorang lagi tengok SETIA HUJUNG NYAWA. bila aku masuk je diorg ckp mcm ni, "eh, ko lah susun ni aku tak tau la"  "wei ko buatlah aku malas lah" lebih kurang macam tu lah ayat die..aku marah sangat masa tu, aku pon cakap "jangan sampai aku hilang sabar" tapi time jugak kawan aku cakap "ah, lantak ko lah pandai-pandai lah ko print".. korang ce bayangkan perasaan aku time tu, aku memang sedih + marah..aku pergi bilik lama aku, pstu ape lagi hujan pon turun..HEHE..aku ni memang jenis yg simpan sorang, sebab aku tak tau nak cerita kat sape..sejak tadi aku tak peduli pon kat diorg, dalam surah muzammil ayat 10, Allah ade cakap 'bersabarlah (wahai muhammad) akan kata-kata mereka dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik.. aku asyik ulang ayat tu je kat kepala hotak aku ni. so, aku tak tau la ape jadi dengan assignment tu, ahad ni kene hantar. kenape diorg tak paham keadaan aku ha? diorg sendiri pon tau, aku tengah sibuk nak bersihkan bilik baru.. apsal diorang still nak membebankan bahu aku? kenape diorg asyik suruh aku je? tak boleh ke buat sendiri? sampai bile nak jadi yg tak tahu?



 pesanan buat kawan assignment aku - korang, tolonglah paham aku sikit je, aku penat tau tak, aku penat dengan kemas bilik, fikir pasal kelas al-quran yang aku handle, masalah aku dengan budak lelaki kelas kite. yes, i know both of you pretty woman in this college, but please care about someone heart. please understand me, u told me to print out the assignment? pftt..what have you done before this? do you busy like me? if you heard what i said just now, please keep it in your mind.-  untuk pengetahuan korang, aKu ni bukan jenis 'samikna wa atokna' which is mean mendengar kata.. aku selalu ade pendapat lain, sebab pendapat aku tu la, ramai budak lelaki kelas aku, tak suka aku. aku ni budak nakal tapi berakal, budak perempuan tapi kurang sopan.

peristiwa KETIGA kak cik merajuk dengan aku, aku pon tak tau sebab ape. sebab aku panggil di emacam biawak ke? wallahua'lam.. tadi aku tegur kak cik die tak menyahut pon. kecik tau rase hati ku ini. kalau kak cik masih sudi menjemput aku pergi rumah die khamis ni, aku pergi la, kalau tak, tak pergi lah aku..

lastly, kali ini cerita aku panjang sikit..maaf la yer. pada tahun baru cina yang akan menjelang tidak lama lagi, aku ade satu lagi projek iaitu projek meniaga. kat APIUM ni budak apids ade wat KOSMIK so, untuk mendapat duit lebih, kitorg berniaga demi majmuah..

MUNGKIN DIORANG TAK NAMPAK SUMBANGAN AKU KAT MAJMUAH, TAPI AT LEAST AKU TAU APE YANG AKU CUBA USAHAKAN UNTUK MAJMUAH..

sekian saje nukilan hamba yang hina dina ini..dahlah hina dipanggil nila pulak, menunjukkan sebagai perosak susu sebelanga (NILA, aku nila bongsu sebab birthmonth aku disember) 

WASSALAM


inilah prinsip aku selama ni..



ALLAH help me, guide me

Selasa, 22 Januari 2013

OUR journey

ASSALAMUALAIKUM !!
(jawab jangan tak jawab)

hai.. lama rasenya tak update blog ni... bila terasa rindu, barulah aku bukak ini belogg..aku banyak cerite nak cerita kat korg !! sabar eh.. tarik nafas ,lepas , tarik dalam-dalam lagi , 2jam kemudian (انا لله وانا اليه راجعون)
 hehe... gurau je.

 sbg pengetahuan korg, jumaat n sabtu lps aku dan beberapa kwn majmuah aku pergi REHLAH atau bahasa melayunya ialah ROMBONGAN.. kitorang pergi ke......


 AGRO RESORT !! 
(jgn jeles tau. hanya org yang terpilih saje yg boleh pergi sane)..HAHA :P

dah sampaiii...

seriously and honestly aku cakap, tmpt tu mmg awesome and superb !!.. tiada tandingan.. acewahh.. sukati je dia ni.. HAHA

kami didalam bas.. eksited u know.. perjalanan dri nilampuri ke setiu, mengambil masa lebih kurg 2jam setengah la.. 

 ayam ayam ayam ayam

malam kitorg smpy, kitorang buat barbeque.. berpeluh kawan aku sorg ni.. HAHA


sebelum kitorg makan ayam-ayam tadi, kami semua diberi pengisian hati oleh mentor terchenta kami iaitu DR.NAJIB BIN ABDULLAH..

ha ! sebelum aku terlupa, malam barbeque tu, mc / pengacara majlis pd mlm itu adalah org di atas ini.. jgn tanya aku knpe die jadi mcm ni --'

HADIAH !! lps sesi menyerang ayam-ayam, kitorg tukar hadiah.. mcm2 saiz ade, pnjg, kecik, bentuk silinder.. hai.. pasrah aku ngan kawan-kawan aku ni.

  maka sesi pertukaran hadiah pon bermula, atas kerjasama oleh DR.NAJIB

kawan aku di atas dpt payung PINK !! HAHA..


ITS TIME FOR FLYING FOX ~~

 sblom naik, kami diberi taklimat..

 pakcik yg bgi taklimat ni, kelakar gilerr, ade satu ayat die yg aku ingat, "klu sesape yg dah ade kt atas, ps2 taknk turun, pakcik tolak je dia"
pakcik, U WILL ALWAYS IN MY MIND !!

para wirawati majmuah 4 khusyuk mendengar taklimat.. elok je berbaris lurus, bile masa ntah, diorg pndi berbaris mcm ni??

muka penat main FLYING~~ fox..

i believe i can fly ~~~

NOW ITS TIME FOR KAYAK !! :D

 wei korg.. klu tak pandai main pon, jgn lah dok berlanggar je.. diorg ni main kayak, klu tak berlanggar, ke tebing, itu je lah prinsip diorg klu berkayak.. HAHA

kamilah org yang paling terakhir keluar drpd tasik tersebut, sampaikan abang yang monitor kitorg pon blah mcm tu je.. agaknye die malas nak tunggu kowtt.. nasib baik ade rakan yg sudi menolong ..

FINALLY OUR JOURNEY END HERE..

 bersiap-siap nak balik..

 walaupun muka senyum, tetapi hakikatnya sedih tau nak balik ke nilampuri..

mereka-mereka nilah yang simpan barang dulu..

ANTARA SWEETEST MOMENTS DI AGRO RESORT : 

 KAMILAH AHLI SIHIR TIGA SEKAWAN.. HO HO HO~~


 LOVE THIS PIC <3
SO NATURAL, GREEN AND BEAUTIFUL..
SUBHANALLAH

TERSESAT !! AYU KAN DIE.. (dalam hati : tolonglah)



INILAH PENGARAH KAMI !


IKHWAH'S MAJMUAH EMPAT


MEMBER'S OF MAJMUAH EMPAT 

JUMPA LAGI AGRO RESORT
WE WILL GONNA MISS YOU <3


 I <3 NANO.. TAHNKS FOR TAKE CARE OF ME.. MAY OUR FRIENDSHIP TILL JANNAH.. INSHA ALLAH








Jumaat, 11 Januari 2013

sedih T_T

....................................assalamualaikum.................................................


korg.. hatiku ini bukan milik diriku lagi..mesti korg tgh fikir aku ni putus cinta kan??. HAHAHA hello !! takde maknanya.. hehe..malam tadi , aku sedih sgt malam tadi, tu la aku terus tulis kat atas kertas ni..kalau tak aku lupe..HAHA..kisahnya bermula mcm ni..

aku tak nangis seterok ni la..

mlm tadi kitorang bertiga, aku, ukhti n alia keluar nak beli ais, ps2 jumpe selebet n mida kat kerusi batu, diorg ber-2 tu nak pergi koperasi (koop) beli ais krim..sesampainya kat koop diorg tak nak masuk !!! well..for your information, koop tu dijaga oleh ikhwah means lelaki, akhirnya , aku n selebet je la masuk, pstu si selebet keluar, aku pon ikut keluar sekali la akn , takkan la nak bersendirian kat situ, takut ! HAHA..aku keluar , pstu aku ckp la kat selebet, ko nak ke tak?? lebih baik ko masuk.. garang kan aku.. hehe

tapi cer korg bayangkan korg di kasut aku, aku geram gile.. tapi biase la kan, aku buat selamba dek je la, kang marah lebih2 kang menangis nak balik plak.. so its better i luahkan kat kertas ini,,hehe..kitorg ber-3 sambung la niat kitorg keluar tadi, untuk membeli ais batu.. dah siap beli ais, si ukhti plak nak beli burger, ps2 alai ckp die ade burger kat bilik, die suruh ukti ambik die punya je, sbb die kenyang.. tapi ukhti tak nak, die ckp die nak burger panas la ape la.. aku ckp ukhti tak yah la, kan malam ni, bukan ape korg kat tmpt burger tu ramai sesanagt ikhwah, mmg la kwsn blaja aku ni kwsn budak alim-alim, tapi kitorg ni kan pompan ayu lagi muslimah , so kene pandai dan berhati-hatilah. on the way nak balik kolej, ukhti muncung je, jln pon menonong, tak pndg kiri kanan langsung! merajuk la tu..

aku balik bilik aku, aku solat isyak, pstu kwn aku si sufi tu nak air panas, tapi aku terus tido. aku tak boleh bersemuka dgn sesiapa time tu, sbb aku takut kegeraman aku nnt tak boleh dikawal dan MELETOP.. ha, kan susah nanti, so aku amek jln slmt iaitu TIDURzzz..pstu kan uolls, aku mcm mimpi kawan2 aku gerakkan aku tido, aku mcm dgr suara aida, nada..mcm tu la.. hehe..tak tau la itu diorg ke or syaiton ..HAHA

TENGS because sudi baca my story.. i will keep something that bother i in heart, and write it on this kertas..

papepon, aku tak simpan dendam kesumat ke ape ke, aku ambik ni sbg pengalaman hidop,aku tetap sayang korg semua:) jap lagi aku ade KELAS MANDARIN , ok bye bye bye kertas

Rabu, 9 Januari 2013

MACAM-MACAM cerita

ASSALAMUALAIKUM..

aku nak citer ni, akak bilik aku (kak uni) jual tudung bawal uolls,, cun-cun dan comel2 belaka..
ini lah die... cantik tak ?? *angguklah* hehe time kasih !

untuk pengetahuan korang, tudung ini tidak dijual yerr.. HAHA ok.. akak bilik aku pon jual beg telekung a.k.a kain sembahyang.. ini pon maha n super duper cute tau.. *sila lihat gambar dibawah*


aku pilih warna hijau, akak bilik aku yg sorg lagi (kak pilah) pilih warna pink, pastu dtg kawan akak aku yg cun ni (kak zaila), berebut nak warna pink jugak,, nauzubillah kecohh satu bilik. ish ish ish. tapi kak zaila ambik warna biru ..BUKANKAH SEPATUTNYA AKAK2 SENIOR MENUNJUKKAN TELADAN YG BAIK KPD DIRIKU INI?? papepon, keadaan masih boleh dikawal..ALHAMDULILLAH..

situasi yg sudah sejuk tadi disambung dgn beg telekung warna krim.. berebut lagi kak pilah n kak zaila tu.. macam-macam karenah akak-akak ni.. HAHAHAHA.. aku ni tukang perhati je lah.. beg tu, aku beli bukan untuk aku, tapi untuk akak sepupu aku yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.. akak sepupu aku tu buat majlis kat pasir mas,kelantan.. aku boleh ikot !! yahoo !! hai senangnya dalam hati.. aku kan dok kat nilam puri, jadi selalunya klu kenduri sedara mara ni, mmg jarang la aku pergi..

pstu, pada 6 januari yg lalu adalah birthday kak uni (akak yg jual tudung tadi), HAPPY BIRTHDAY TO YOU 3x.. 

KAK uni bawak kek n bihun goreng.. aku tak sempat makan kek tu, sbb kak mimi (bespren kak uni) n kak pilah abiskan.. tapi tak pe.. kite masih ade bihun goreng !! sedap gilarrr bihun die, kak uni ckp abang die yang masak !! oops, tersentak aku seketika.. bukan ape , aku sendiri pon tak reti nak menggoreng bihun tu... HAHA


sedap sgt,, sejak aku dok sinikan.. aku tak pernah lagi merasai bihun goreng yg sebegini sedapp...korg nak tau tak, aku bagi hadiah ape untuk kak uni, mesti nak tau kan.. jwpn yang tepat lagi sohih adelah.. 

skittles SOUR 
dan

skittles ORIGINAL FRUIT.. HAHA 

kak uni suka gula-gula ni, bukan sebab aku tak cukup bajet tau, hehe ;D..aku pon nak la jugak citer kat korg, yg aku ade besties yang sgt2 awesome
mereka ade lah.... jeng..jeng..jeng

 AFIQAH   AIDA

ALIA  UKHTI  AFIQAH AIDA

KONON JE DIORANG NI ..haha

DI LAPANGAN TERBANG PENGKALAN CHEPA :)

YANG NI PLAK CLASSMATE AKU :D
*kecuali rilakuma-rilkuma di atas dan dibawah gambar*

Sabtu, 5 Januari 2013

terima KASIH mak , ABAH , kak yun

:D ASSALAMUALAIKUM :D
KERANA DIA SEORANG AYAH 
[Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian] 

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku m
enerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...





SUMBER : faceBOOK

cerita kat atas tu, aku copy paste je... bukan sebab aku tak de cerita nak cerita kat korang, tapi air mata aku mengalir sebab kisah ni.. T_T 

sebenarnya , aku baru je dapat hadiah daripada mak, abah and kakak aku.. aku dapat handphone samsung galaxy mini 2, time tu memang mata aku asyik nak tengok phones yg mahal je.. tanpa tanya bajet mak aku (aku beli handphone ngan mak aku ) .. aku pon ambil keputusan beli handphone tersebut... 


lebih kurang macam nilah.. handphone baru aku..

time aku bace kisah tadi, aku teringat time aku beli phone hari tu.. YA ALLAH, BETUL YA ALLAH AKU TIDAK PERNAH HENDAK MENYELAMI PERASAAN KEDUA IBU BAPA KU, AMPUNI AKU ATAS KEKHILAFAN KU ITU.. 

btw.. besok aku ade kuliah, nad besok jugak ade EXAM ! bukan satu tapi 2.. ha , amek aku.. sepatutnya aku tengah menghafal.. okey lah aku harap bagi korg yang baca ni, ambil lah ibroh (iktibar) ..

Khamis, 3 Januari 2013

MULA-mula

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !!!!

HAI ! nama saya ELFAH BIRRUN .. itu nama pena . bukan nama sebenar. HAHAHA :D .. baru masuk 18 tahun walaupun saya lahir  pada tahun 1994 , hehe ;) ..berasal dari SELANGORku...menuntut ilmu di KELANTAN DARUL NAIM.. 

tujuan menulis BLOG yg 'sengkek' ini adalah kerana untuk meluahkan melalui tulisan ape yang saya RASA ape yang saya LALUI sepanjang hidup ini...RIBUAN TERIMA KASIH kpd ALLAH SWT yang masih memberi kita nikmat IMAN & ISLAM :D

lagi nak tau ape?? tak de kan... saya sedar siapa diriku ini.. manusia lemah yang tak FEMES T_T
bermuram durja la pulok..hihihi

FYI ... i sekarang menunutut di salah sebuah institut pengajian kat kelantan, baru sem 2... bila dkt universiti ni, kita akan ade satu keghairahan untuk tutt tutt tutt . bukan seperti yang korg gmbrkan skrg oke ..haha.. maksud aku, ops lupe , aku bahasakan diri aku 'aku' boleh kan?? sukati kau lah, blog kau --' .. okey !!! :D 


kite sambung ye.. keghairahan untuk mencari kawan yang ramai dan yang paling penting memahami kite dan kawan2 yang SUPER OWSEMM ! 

aku ni jauh dari tmpt tinggal, tmpt lahir, tmpt permainan, keluarga, kawan2 sekolah, bilik kesayangan, ikan2 gapi yang kiut sgt DAN MCM2 LAGI..... oleh itu, KAWAN sgt sgt sgt penting utk aku kat sini... sblom pergi kelas, aku pergi bilik kawan aku dulu .. ye la untuk memastikan si dia tu tidak berulit di katil bersama selimut..hahaha :D 

comel kan??? -puppy face- :P

dan baru-baru ni, aku dapat tau yang aku ni sgt sgt suka SAKURA, especially yang pink colour... omo omo omo sgt cantik..SUBHANALLAH.. cer korg search google taip sakura.. cantik kan kan.;)

cukuplah setakat ini dulu, la yerr... nasihat saya  
SUNNAH NABI MINUM MADU , LEPAS BACA JANGAN RINDU ;)
hehehe ;)

cantiik kan?? (tolonglah angguk) :DD


ini amat awesome !!!