Ahad, 1 Mac 2015

Setahun kemudian...

Assalamualaikum

Dekat setahun jaku tak menaip kat blog ni. Kenapa? Tak usah lah tanya (sebab aku malas) HIHIHI >.<  Tiba-tiba terindu pula nak menaip, walaupun takde orang yang baca T_T HAHAHA tapi biyo lah aku nak menaip. 

Tahun 2014 merupakan tahun yang biasa-biasa sahaja, takde yang istimewa, aku masih gadis kampong yang terperap dalam rumah bersama watak seorang pembantu rumah ataupun bibik. Nasib lah, lagipon cuti lama. September 2014, aku menjejakkan kaki aku ke Universiti Malaya untuk Ijazah Sarjana Muda Syariah (Syariah & Ekonomi) . 

Jujur aku cakap, takde benda yang mengejutkan aku tentang UM. Well, macam biasa lah kehidupan kota, almaklumlah UM ni di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Cuma aku suka semangat politik UM ni, mereka yang terlibat dalam pilihanraya kampus haritu memang bersungguh-sungguh untuk promosikan parti masing-masing. Kita tolak tepi lah yang main kotor, yang suka main baling-baling 'TAHI'. Keputusan berpihak kepada Pro-Mahasiswa setelah menang tipis dengan musuh tradisi Penggerak Mahasiswa. 

Aku kurang bernasib baik sebab permohonan-permohonan pinjaman dan biasiswa yang aku isi ditolak. Yang paling terkesan ialah bila aku dapat tahu aku tak dipanggil untuk temuramah Pinjaman Negeri Selangor, malam tu aku sedih sangat-sangat, aku hanya mampu duduk kaku. Keyakinan aku sudah hilang bak angin yang bertiup di pantai. Aku dah putus asa, rasa macam LOSER sangat-sangat.



 Lepas tu, aku tak dapat biasiswa JPA, kali ni aku tak sedih langsung sebab aku tak mengharap. Tapi yang membuatkan air mata aku mengalir bila teringatkan mak abah aku, aku tak sanggup bagitahu diorang yang aku tak dapat. Aku bukan dari keluarga berada tapi disebabkan keputusan asasi aku hari tu tinggi, mak abah aku letak harapan tinggi untuk aku dapat biasiswa tu. Bukan rezeki aku, itu je yang aku fikir masa tu. Sem ni aku mohon lagi pinjaman selangor, aku harap sangat-sangat aku dapat kali ni. Pliss korang tolong doakan aku.

Aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang dapat biasiswa. Apa kurangnya aku dengan diorang. Then, aku mula berfikiran waras  dan terima qada' dan qadar Allah. Rezeki aku belum lagi. Aku, dosa bertimbun amal kurang. Masih berusaha peroleh redha-Nya. 

SEE YOU AT NEXT ENTRY...hope so
TERUSKAN BERDOA KAWANKU ! 
SINAR DI LUAR RETAK DI DALAM .

HAVE A NICE DAY :)