Sabtu, 16 Januari 2016
THE RETURN OF ... JI
Lama tak tulis kat sini, biane, sis sibuk la uolls, exam, persatuan, movies >,< hahahahahaha. Pada awal penulisan blog aku ni, sebenarnya berniat untuk mengasah kebolehan untuk mengekspresikan diri. Untuk pengetahuan bagi yang tak tau, aku ni memang suka membebel suka bercakap tak berhenti tapi aku tak pandai nak luahkan perasaan, aku tak tahu nak bagitau ape yang aku rasa.
Honestly, dulu aku susah nak mintak maaf kat orang, especially to those yang close ngan aku sebab time tu aku fikir mesti diorang faham ape yang aku rasa. But seriously guys, orang tak akan tahu apa yang kita rasa or apa yang kita nak kalau kita tak bagitahu. Analoginya seperti ini, ko naik bas dari kolumpo nak gi balik kampung, pakcik bas tak tau rumah ko kat mana so kena menapak ke depan dan bagitahu pakcik saya nak turun kat pokok besar depan tu ye. See? kalau ko tak gitaw, matilah nak, entah sampai ke mana ko pergi, dah jadi masalah.
Alhamdulillah, sekarang lidah aku mula berani katakan MAAF. Time aku tak sebut sorry ke kawan-kawan aku, timbul kes terasa hati takpon rasa macam tak lepas tau. Erm, nasiblah ada kawan-kawan yang memahami -_- Thanks korang. But the case still not solve yet cuz aku ada satu lagi masalah iaitu perkataan SAYANG. Hahaha. Berjangkit kot penyakit ni lepas satu, satu. Aku pernah sebut aku sayang mak aku, aku sayang abah aku time program motivasi tepi laut dekat dengan rumah aku. Maybe tu last la kot. Terok gila perangai aku, nak cakap sayang ke mak abah sendiri pon malas malu. Adik-adik jangan ikut perangai akak yer, contohilah perangai Rashid. lol.
Honestly aku cuba untuk meluahkannya. Hahaha take time la sikit. And one more thing, pernah tak korang rasa malu nak beribadah especially yang sunnah? Itulah aku dulu, nak baca ma'thurat pon malu-malu dekat public. But since aku gi IMKK Dr Azizan Osman aku berani dan sudah pon berjaya baca ma'thurat in public. Yeaaah!!! Aku belajar untuk lebih mempercayai Allah, eh sebelum ni ko tak percaya kat Allah ke ji? Bukan macam tulah, maksud aku sekarang aku lebih percaya bahawa Allah akan makbulkan apa sahaja permintaan aku, sebab Allah lebih dari mampu, setakat nak bagi 4 flat kat kau senang jelah. Tapi sebelum tu, mestilah berdasarkan usaha-usaha kita, amalan dan doa-doa yang kita submit ke Allah. Fahamtum?? Thoyyib.
Pendek ceghita sekarang aku lebih POSITIF dan berkeyakinan tinggi. Hohohoho:> Yang ni sajalah nak citer, aku, kalau rasa nak menangis mesti aku tgk citer sedih, top list aku citer korea Miracle at 7th cell??? lebih kurang macam tu lah tajuknya, movie tu ko tengok ratusan kali pon tetap mengalir air-air masin yang berasal daripada mata kau yang bulat.
Aku berusaha untuk menangkis dakwaan pak menteri : "Mahasiswa Manja". Dalam Landskap kat TV1 diorang bincangkan tajuk tu dan tidak beri penyelesaian. Tak boleh salahkan pak menteri jugak sebab sebelum ini pon statement yang pak menteri keluarkan pon tak pernah selesaikan masalah. So for me, no suprise la diorang tak bagi solusi. Ok lah sis berundur dulu. Kalau aku ingat nak berbelog aku berbelog lah, kalau tak ingat tu, maybe ini post first and last post for 2016. HAHAHAHAHAHA
Langgan:
Catatan (Atom)