Rabu, 16 Oktober 2013

SUPER woman ^^

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sebesar-besar nikmat hanya milik Allah pencipta alam, yang telah mengizinkan kami ( ekin dan najihah ) sampai ke Nilampuri bumi tarbiyah. 
Kronologinya lebih kurang macam ni :
6 suku pagi : bergerak dari rumah untuk ke Klang Bus Station
7 setengah pagi : sampai ke Klang Bus Station, sambil menunggu ketibaan Duli Yang Maha Mulia Cik Muda Asyikin.
8 tepat pagi : naik bas Sani Express ( bukan nak promote pakcik Sani ) 
8 suku pagi : call mak, sebab baru teringat nak call..haha
5 setengah petang ( lebih kurang lah ) : sampai sudah ke Balai Polis Nilampuri..

Kitorang menapak untuk ke kolej kediaman dengan berat hati, sesampainya kitorang kat pintu pagar, kami disambut oleh 'mak' guard. Ikutkan hati nak sapa si 'mak' guard itu, tapi nampak macam 'mak' guard tu macam tak nampak kitorang je..terbantutlah misi mulia ku itu. Aku dan Ekin berpisah ditangga yang kedua untuk membawa langkah kaki kami ke bilik masing-masing. Berjumpalah dengan Aifa dan Aqilah (MPPJTK ni tau) yang kegembiraan mendengar suara selain daripada suara mereka. HAHA .

Aku sambung menapak ke bilik aku, dan baru aku teringat, aku tak bawak kunci bilik !!!!!!!!! tak cukup dengan itu, Ekin punya kunci tak boleh nak bukak pintu bilik dia.. Apekah?????? Tapi dengan kudrat wanita yang Allah anugerahkan kepada kitorang berdua, Ekin berjaya 'memecah masuk' biliknya sendiri. Macam mana Ekin masuk? kata takleh bukak pintu..

Peralatan Untuk Memecah Masuk Bilik Sendiri : rak kasut, tong sampah, sokongan, tenaga.
Cara-caranya : terbalikkan tong sampah dan letakkannya di atas rak kasut, kemudian paksa Ekin untuk memanjat rak kasut dan tong sampah tersebut, seterunsnya memberi sokongan kepada Ekin untuk memasukkan kakinya ke tingkap tersebut, akhir sekali menolak kakinya untuk terus maju dan masuk sepenuhnya ke dalam bilik.
PERHATIAN
* Aksi ini hanya dilakukan oleh yang profesional sahaja.

Dan sebenarnya, bukan Ekin je yang jadi 'SuperWoman', Jannah yang lembut luaran keras dalaman pon jadi superwoman. Dan semuanya hasil bantuan aku..HAHA..bukan nak riak, nak tunjuk je..hihihi

Kehidupan kita, memerlukan peralatan, sokongan, dorongan dan macam-macam. Sebab apa? sebab kita ni manusia yang famous dengan kesalahan dan kelalaian. Sebab tu jugak, kita takleh hidup sorang-sorang..Fitrahnya manusia ni, hidup berpasangan dan berjemaah.

P/S : Aku rindu sama Cik Bayani & Cik Khairunnisa' & Cik Nabila where are you going?? huhu


Sabtu, 12 Oktober 2013

KAKAK AKU

assalamualaikum wbt..

Pagi tadi, aku ngan kakak aku dolan-dolan (jalan-jalan) ke sungai yg terbesar di Selangor, iaitu Sungai Besar! Untuk pengetahuan Sungai Besar terkenal dengan perindustrian kain-kainnya yang bermutu tinggi ( kot lahh) . Selain itu, ia juga terkenal dengan perusahaan kerepek dan biskut.. jadi tidak heranlah kalau aku balik Kelantan nanti bawak semua ni >.<  

Sebenarnya nak cakap pasal satu benda ni je, yang mana bersangkut-paut dengan kakak aku atau lebih manja dipanggil sebagai kak yun. Kak yun ni terkenal dengan gelaran singa betina..rawrrrrr..biasalah, kakak sulung. Tadi semasa kitorang keluar dari KASSIM , hadir dua orang muslimah yang berjubah dan berpurdah hitam, pastu berlakulah dialog antara kami berdua,

kak yun : jihot ( nama manja aku kat rumah) nanti ko jangan sampai macam tu sekali tau ( merujuk kpd muslimah sebentar tadi ) .

aku : tengok lah dulu macam mana.. insya allah satu hari nanti

kak yun : rimas aku tengok diorang.

aku : diorang nyaman damai pakai semua tu..

Perbualan kami berakhir dengan begitu sahaja.

SO WHY I PUBLISH THIS STORY ??
* the reason is, because i personally think this kind of story can give us something good and bad things.

so, what say you?? 
what do you think of that purdah muslimah?
good things OR bad things

Nampaknya, aku harus berhenti menulis sekarang kerana tak tau dah nak cakap ape dah..
BYE BYE >>> HAVE A NICE DAY Y'ALL