Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah sebesar-besar nikmat hanya milik Allah pencipta alam, yang telah mengizinkan kami ( ekin dan najihah ) sampai ke Nilampuri bumi tarbiyah.
Kronologinya lebih kurang macam ni :
6 suku pagi : bergerak dari rumah untuk ke Klang Bus Station
7 setengah pagi : sampai ke Klang Bus Station, sambil menunggu ketibaan Duli Yang Maha Mulia Cik Muda Asyikin.
8 tepat pagi : naik bas Sani Express ( bukan nak promote pakcik Sani )
8 suku pagi : call mak, sebab baru teringat nak call..haha
5 setengah petang ( lebih kurang lah ) : sampai sudah ke Balai Polis Nilampuri..
Kitorang menapak untuk ke kolej kediaman dengan berat hati, sesampainya kitorang kat pintu pagar, kami disambut oleh 'mak' guard. Ikutkan hati nak sapa si 'mak' guard itu, tapi nampak macam 'mak' guard tu macam tak nampak kitorang je..terbantutlah misi mulia ku itu. Aku dan Ekin berpisah ditangga yang kedua untuk membawa langkah kaki kami ke bilik masing-masing. Berjumpalah dengan Aifa dan Aqilah (MPPJTK ni tau) yang kegembiraan mendengar suara selain daripada suara mereka. HAHA .
Aku sambung menapak ke bilik aku, dan baru aku teringat, aku tak bawak kunci bilik !!!!!!!!! tak cukup dengan itu, Ekin punya kunci tak boleh nak bukak pintu bilik dia.. Apekah?????? Tapi dengan kudrat wanita yang Allah anugerahkan kepada kitorang berdua, Ekin berjaya 'memecah masuk' biliknya sendiri. Macam mana Ekin masuk? kata takleh bukak pintu..
Peralatan Untuk Memecah Masuk Bilik Sendiri : rak kasut, tong sampah, sokongan, tenaga.
Cara-caranya : terbalikkan tong sampah dan letakkannya di atas rak kasut, kemudian paksa Ekin untuk memanjat rak kasut dan tong sampah tersebut, seterunsnya memberi sokongan kepada Ekin untuk memasukkan kakinya ke tingkap tersebut, akhir sekali menolak kakinya untuk terus maju dan masuk sepenuhnya ke dalam bilik.
PERHATIAN
* Aksi ini hanya dilakukan oleh yang profesional sahaja.
Dan sebenarnya, bukan Ekin je yang jadi 'SuperWoman', Jannah yang lembut luaran keras dalaman pon jadi superwoman. Dan semuanya hasil bantuan aku..HAHA..bukan nak riak, nak tunjuk je..hihihi
Kehidupan kita, memerlukan peralatan, sokongan, dorongan dan macam-macam. Sebab apa? sebab kita ni manusia yang famous dengan kesalahan dan kelalaian. Sebab tu jugak, kita takleh hidup sorang-sorang..Fitrahnya manusia ni, hidup berpasangan dan berjemaah.
P/S : Aku rindu sama Cik Bayani & Cik Khairunnisa' & Cik Nabila where are you going?? huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan