Khamis, 6 Mac 2014

Perpisahan raga Penyatuan jiwa

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah habis juga Asasi syariah di APIUM Nilam Puri, biasalah bila dah habis ni, perasaan rindu mulai terbit tanpa diundang. Sebagai contoh, aku, baru jer aku online terus bukak fb, facebook.com/cahaya.ali.1 nampak nama kengkawan yang tak pernah aku rindu, dah tu ape lagi, berkaca lah mata ku ini, hahaha .. Namun ape yang boleh ku lakukan untuk menghalang daripada perkara ini terus berlaku?? Takde ape yang aku mampu buat.

Korang ada tak kawan yang sanggup bawak kereta tengah-tengah malam, berkonvoi dalam 4 hingga 5 biji kereta dengan kelajuan 20 - 30, sebab salah satu kereta, tayarnya bocor/pancit?? Korang ade tak kawan yang cermin keretanya pecah dek kerana seekor lembu?? Korang ade tak kawan yang kaya?? (haha, ini saje je) :) 

Kami mungkin bukan majmuah terbaik, tetapi kami sememangnya majmuah yang 'happening' dan gila-gila. (menurut kata-kata Ustazah Wan Rohani) Kitorang di anggap majmuah yang sukar beri kerjasama, majmuah yang degil, keras hati dan macam-macam lagi. Tetapi sebenarnya kami majmuah yang bersatu. Kerana ape? Kerana kami sepakat, sebulat suara taknak pergi WeChat ! hahahaha, senang citer kami majmuah perpaduan ! hahaha

Disamping saat-saat manis yang tercipta, tercoret juga detik-detik pergaduhan kami, sedangkan lidah pon tergigit kan? Siri-siri pergaduhan kami ini tercetus kerana sifat kedegilan, ego, salah faham, syadid, dan macam-macam lagi. 

Tentu anda tertanya-tanya, bagaimanakah kami boleh bersatupadu setelah pergaduhan demi pergaduhan tercetus?? Hahaha, jawapannya adalah saling memahami antara satu sama lain dan kami ini sebenarnya tanpa disedari sudah seperti adik beradik yang berbeza mak dan bapa dan bukan muhrim! Macam mana tu? Macam ni, kita gaduh dengan adik kita sebab dia nak tengok wonderpet, kita plak nak tengok sinetron, mesti berlaku perang mulut kan? Pastu malam tu dah ok, sebab ape? Sebab adik-beradik biasalah tu. Macam tu lah kitorang, gaduh sekejap, ok. Gaduh lagi, ok. Gaduh besar, lama sikit baru ok. 

Terima kasih sebab kawan dengan perempuan yang muka nampak matang tapi perangai tak ubah macam kanak-kanak ribena. (saiz pon bulat, sesuai sangat lah ribena tu dengan aku, hahaha) Jasa anda Allah saja yang mampu balas dengan kebaikan. Maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan aku. 

Mungkin kita dah tak jumpa lepas ini, tapi yakinlah bahawasanya kita dah bersatu melalui memori dan kenangan. Aku isytiharkan bahawa korang sudah memiliki suku daripada neuron-neuron otak aku dan kasih sayang aku ! HAHAHA geli-geliman kot.

CUBALAH UNTUK MEMAHAMI BUKAN MENGHUKUM !! 
Friendship's Principle Number 1.

p/s  Perasan tak ayat aku bebunga mekar segar? Ha ! Inilah penangan dok rumah jadi suri rumah separuh masa menggantikan mak aku. 

ByeBye y'all. See yah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan