Rabu, 16 Oktober 2013

SUPER woman ^^

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sebesar-besar nikmat hanya milik Allah pencipta alam, yang telah mengizinkan kami ( ekin dan najihah ) sampai ke Nilampuri bumi tarbiyah. 
Kronologinya lebih kurang macam ni :
6 suku pagi : bergerak dari rumah untuk ke Klang Bus Station
7 setengah pagi : sampai ke Klang Bus Station, sambil menunggu ketibaan Duli Yang Maha Mulia Cik Muda Asyikin.
8 tepat pagi : naik bas Sani Express ( bukan nak promote pakcik Sani ) 
8 suku pagi : call mak, sebab baru teringat nak call..haha
5 setengah petang ( lebih kurang lah ) : sampai sudah ke Balai Polis Nilampuri..

Kitorang menapak untuk ke kolej kediaman dengan berat hati, sesampainya kitorang kat pintu pagar, kami disambut oleh 'mak' guard. Ikutkan hati nak sapa si 'mak' guard itu, tapi nampak macam 'mak' guard tu macam tak nampak kitorang je..terbantutlah misi mulia ku itu. Aku dan Ekin berpisah ditangga yang kedua untuk membawa langkah kaki kami ke bilik masing-masing. Berjumpalah dengan Aifa dan Aqilah (MPPJTK ni tau) yang kegembiraan mendengar suara selain daripada suara mereka. HAHA .

Aku sambung menapak ke bilik aku, dan baru aku teringat, aku tak bawak kunci bilik !!!!!!!!! tak cukup dengan itu, Ekin punya kunci tak boleh nak bukak pintu bilik dia.. Apekah?????? Tapi dengan kudrat wanita yang Allah anugerahkan kepada kitorang berdua, Ekin berjaya 'memecah masuk' biliknya sendiri. Macam mana Ekin masuk? kata takleh bukak pintu..

Peralatan Untuk Memecah Masuk Bilik Sendiri : rak kasut, tong sampah, sokongan, tenaga.
Cara-caranya : terbalikkan tong sampah dan letakkannya di atas rak kasut, kemudian paksa Ekin untuk memanjat rak kasut dan tong sampah tersebut, seterunsnya memberi sokongan kepada Ekin untuk memasukkan kakinya ke tingkap tersebut, akhir sekali menolak kakinya untuk terus maju dan masuk sepenuhnya ke dalam bilik.
PERHATIAN
* Aksi ini hanya dilakukan oleh yang profesional sahaja.

Dan sebenarnya, bukan Ekin je yang jadi 'SuperWoman', Jannah yang lembut luaran keras dalaman pon jadi superwoman. Dan semuanya hasil bantuan aku..HAHA..bukan nak riak, nak tunjuk je..hihihi

Kehidupan kita, memerlukan peralatan, sokongan, dorongan dan macam-macam. Sebab apa? sebab kita ni manusia yang famous dengan kesalahan dan kelalaian. Sebab tu jugak, kita takleh hidup sorang-sorang..Fitrahnya manusia ni, hidup berpasangan dan berjemaah.

P/S : Aku rindu sama Cik Bayani & Cik Khairunnisa' & Cik Nabila where are you going?? huhu


Sabtu, 12 Oktober 2013

KAKAK AKU

assalamualaikum wbt..

Pagi tadi, aku ngan kakak aku dolan-dolan (jalan-jalan) ke sungai yg terbesar di Selangor, iaitu Sungai Besar! Untuk pengetahuan Sungai Besar terkenal dengan perindustrian kain-kainnya yang bermutu tinggi ( kot lahh) . Selain itu, ia juga terkenal dengan perusahaan kerepek dan biskut.. jadi tidak heranlah kalau aku balik Kelantan nanti bawak semua ni >.<  

Sebenarnya nak cakap pasal satu benda ni je, yang mana bersangkut-paut dengan kakak aku atau lebih manja dipanggil sebagai kak yun. Kak yun ni terkenal dengan gelaran singa betina..rawrrrrr..biasalah, kakak sulung. Tadi semasa kitorang keluar dari KASSIM , hadir dua orang muslimah yang berjubah dan berpurdah hitam, pastu berlakulah dialog antara kami berdua,

kak yun : jihot ( nama manja aku kat rumah) nanti ko jangan sampai macam tu sekali tau ( merujuk kpd muslimah sebentar tadi ) .

aku : tengok lah dulu macam mana.. insya allah satu hari nanti

kak yun : rimas aku tengok diorang.

aku : diorang nyaman damai pakai semua tu..

Perbualan kami berakhir dengan begitu sahaja.

SO WHY I PUBLISH THIS STORY ??
* the reason is, because i personally think this kind of story can give us something good and bad things.

so, what say you?? 
what do you think of that purdah muslimah?
good things OR bad things

Nampaknya, aku harus berhenti menulis sekarang kerana tak tau dah nak cakap ape dah..
BYE BYE >>> HAVE A NICE DAY Y'ALL


Ahad, 1 September 2013

rumah merah KHALID AL-WALID

ASSALAMUALAIKUM..
pertama-tamanya thank you Allah for a lovely hari sukan. Kami rumah merah, walaupun banyak kalah, tai kami tebus balik semasa sukaneka..HAHA.. peace yo!! dengan ini aku umumkan, bahawa rumah merah KHALID AL-WALID kategori akhawat, telah menjuarai pertandingan isi air dalam botol, lari berpasangan, boling kelapa dan tarik tali.. syukur.. keseronokan yang tak terkata..haha.. haritu, aku macam hyperactive semacam yang melampau-lampau..



Yang bestnya tarik tali lah.. sebab kitorang sapu habes..haha..terguling rumah hijau kitorg kerjakan.. bukan dengan niat sengaja ataupun balas dendam, tetapi kami memang berkemampuan lebih..huhu..jadi redho je lah..

tadi ada larian merdeka, aku tak lari, aku jaga checkpoint je (pandai-pandai lah nak cengkelat bro)..aku jannah and mira, disamping izzat n hadi..kitorang duduk dekat rumah pakcik ni, baik hati tol pakcik ni, bagi kitorang kerusi, tak cukup ngan kerusi, dia ajak kitorang makan jemput durian konon beraya rumah dia lettuw..

tengah kitorang syok-syok makan, tetibe fakhrul muiz and de motosikal's geng ternampak, and terus tersinggah, dah nak balik tu, pakcik tu bagi durian sebiji sorang, kitorang ambik je la..rezeki jangan ditolak bro, kitorang ber 3 pulang ke APIUM sambil membawa durian, malu kot.. orang sekeliling tegur, mana dapat durian dik??..kitorang gelak jelah..itu je yang mampu..

to my BAYANI dak UITM, akhirnya dapat gak jumpa kau walaupun melalui webcam..walau kita sama-sama balik kampung, tapi langsung tak bertentang mata, ko nak tau tak, mak aku pelik kenapa kau tak datang rumah..haha.. memang takde muka orang lain yang nak datang rumah aku kecuali kau..

Biru TARIQ BIN ZIYAD / hijau MUHAMMAD AL-FATEH / kuning SALAHUDIN AL-AYUBI / merah KHALID AL-WALID

Ahad, 18 Ogos 2013

JAM 2 pagi

ASSALAMUALAIKUM

Pada jam 2:06 ? tak tidur lagi? memang tak tidur lagi..kenapa? sebab nak siapkan assignment..kononnya~ ~ haha..perjalanan mid-sem yang baru pon bermulalah..setelah cuti selama 2 minggu kerana sambutan raya idulfitri. Tema raya aku n family tahun ini adalah GOLD .. actually (bajet omputeh sekejap) tahun ni , tahun pertama keluarga aku ada tema warna-warni di aidilfitri.. ALHAMDULILLAH.. tercapai hasrat aku berpakaian warna sama .. hihi

A month ago, aku baru tau yang budak-budak APIUM Nilam Puri tahu blog aku.. mula-mula aku feel macam shy shy cat.. tapi sejak aku mula tulis entry ni, aku berpikiran, bacalah korang dan terima kasih sebab menambahkan pageview aku..hik hik >.<

Assignment beratur panjang suruh aku siapkan, tapi macam biasalah, kaunter kerajinan dan kaunter motivasi tak buka lagi :0 hahaha.. Insya allah akan siap gak benda tu tak lama lagi..

HOT TOPIC !!
-MPPJTK pemalas?
-ALIA ALI AHMAD merajuk ngan aku sampai tinggalkan laptopnya di bilik aku?
-SUHA & LISA bersengkang mata bersama aku?
-KIMI follow instagram LISA?
-and AWAK bila nak mula hafal hadis?

i guess this is the end of the ntah pape entry, good night, and have a good day.

*malas nak letak gambar..peace yo ! RILEK BRADER brader rilek :D

BYE BYE BYE ! Assalamualaikum..

#pray for mesir, gaza, syria

Rabu, 20 Februari 2013

CINTA




,


“SAYA BERUSIA 21 TAHUN, DAN SUDAH BERKAHWIN. MASIH MUDA BUKAN? SUAMI SAYA BERUSIA 23 TAHUN. JUGA MASIH MUDA. KAMI BERDUA MASIH BELAJAR. JADI, MENGAPA BERKAHWIN? KALAU IKUT KATA MAK AYAH, “NAK BAGI BINI MAKAN APA? PASIR?”
PERJALANAN CINTA SAYA TIDAK MUDAH. SEBELUM BERKAHWIN, SAYA PERNAH TERUK DIKECEWAKAN BEKAS KEKASIH. DIA MINTA MASA 3 TAHUN DARI TARIKH KAMI “DECLARE”, UNTUK BERSEDIA UNTUK BERKAHWIN. HAMPIR 3 TAHUN, SAYA DITINGGALKAN UNTUK PEREMPUAN LAIN. KECEWA? SUDAH TENTU. JUJUR, SAYA HAMPIR BUNUH DIRI. SAYA MENGALAMI DEPRESSION DI MAA SAYA DISCONNECT DENGAN DUNIA LUAR.
TAPI SELEPAS ITU BARU SAYA SEDAR KEHADIRAN SUAMI SAYA YANG SUDAH 4 TAHUN MENUNGGU PELUANG. PADA MULANYA, SAYA INGAT SEKADAR “CINTA REBOUND”, TAPI SELEPAS 2 BULAN BERKENALAN DAN BERCINTAN, SUAMI SAYA MELAMAR UNTUK BERKAHWIN. PADA MULANYA, SAYA INGAT SATU GURAUAN. AKHIRNYA SI DIA BERANI CALL AYAH SAYA, DAN MINTA IZIN UNTUK BERKAHWIN, KERANA TAKUT KEHILANGAN SAYA LAGI.
AYAH SAYA PUN DAHULU BERKAHWIN KETIKA BELAJAR, TAHUN 1 PERINGKAT IJAZAH. SUAMI SAYA PELAJAR PERUBATAN TAHUN 3, DAN SAYA CUMA TINGGAL 2 BULAN UNTUK MENGAKHIRI PENGAJIAN. AYAH SAYA BERSETUJU, DAN MEMANDANGKAN SAYA SUDAH KECEWA, TAKUT JUGA PISANG BERBUAH DUA KALI. AKHIRNYA, KAMI BERKAHWIN. DENGAN MAHAR RM200, SEBENTUK CINCIN EMAS, TIADA HANTARAN, TIADA MAJLIS, KAMI BERNIKAH.
SIMPLE BUKAN? KENAPA PERLU PENING??? KALAU ANDA LELAKI, ANDA MESTI INGIN BERIKAN SEGALA YANG TERBAIK UNTUK BAKAL ISTERI ANDA. DAN, KALAU ANDA PEREMPUAN SEPERTI SAYA, SEMESTINYA INGINKAN HANTARAN YANG TINGGI (LULUSAN IJAZAH SEKARANG, RATE HANTARAN RM10K KE ATAS). PERLU TIDAK?


MAAF PEREMPUAN, KALAU TERASA. SAYA BUKAN JUAL DIRI, SAYA TIDAK PERLUKAN HANTARAN RM10-20K. SAYA TIDAK LETAK HARGA UNTUK NILAI DIRI SENDIRI DAN HARGA CINTA SAYA. INI MASALAH KALAU KITA KAHWIN CARA MELAYU, DA BUKAN CARA ISLAM. SAYA PEREMPUAN LULUSAN IJAZAH, SAYA ADA TULANG 4 KERAT, DAN SAYA BOLEH BERUSAHA, KENAPA PERLU MENGHARAP DENGAN LELAKI? SUAMI BUKAN UNTUK DIBEBANI, TAPI UNTUK DISENANGI. ISTERI BUKAN UNTUK DIBELI, TAPI UNTUK DIKASIHI.
KOS KAHWIN SEKARANG PALING RENDAH PUN RM20K SERBA SATU. HANTARAN, MAJLIS, BELUM BAJU, PELAMIN. TAPI CUBA FIKIR, PERLU TIDAK? BAJU RAYA KAN MASIH ADA, CANTIK LAGI. KASUT RAYA PUN MASIH BARU. KENAPA PERLU BUAT MAJLIS DI HOTEL, DEWAN ORANG RAMAI KAN ADA? KALAU RASA SANGAT MAHAL UNTUK KATERING, BOLEH UPAH ORANG MASAK, TINGGAL SEDIAKAN BAHAN DAN PERALATAN. BERSANDING TAK PERLU, BUAT PENAT BADAN DUDUK MACAM TUNGGUL DEPAN ORANG.
“SEGANLAH. NANTI ORANG KATA APA.” .. “ISK, BUAT MALU BELAJAR TINGGI-TINGGI, TAK DAPAT HANTARAN”. HAI, NI MENTALITI BARAT. BAGI YANG BERAGAMA ISLAM, INGAT RUKUN NIKAH. TANGGUNGJAWAB SELEPAS KAHWIN YANG PENTING. LEBIH BAIK DUIT SEWA PELAMIN JADI DUIT PERSIAPAN UNTUK ANAK PERTAMA. PRIORITIKAN PENGGUNAAN DUIT ANDA. KOS BERSALIN BUKAN MURAH. KALAU DI HOSPITAL KERAJAAN, PALING KURANG PERLU ADA RM400-500. TAPI DI HOSPITAL SWASTA, MINIMUM RM2000. KOS ADA ANAK SANGAT TINGGI SEKARANG.
PERNAH CUBA LIHAT HARGA SETIN SUSU BAYI DI PASAR? HARGA LAMPIN PAKAI BUANG? DAN SEKARANG, ANDA MASIH TERFIKIR PELAMIN ITU PENTING? INI TAK KIRA DUIT NAK BELI KENDERAAN, BELI RUMAH. PENING!! JADI JANGAN BEBANKAN DIRI ANDA DENGAN MAJLIS PERKAHWINAN YANG MEMBAZIR DAN TIDAK PERLU.SAYA BAHAGIA SEKARANG. BOLEH KELUAR DENGAN SUAMI TANPA RASA TAKUT DAN MALU, DISENTUH LELAKI BUKAN MAHRAM. DAN SUAMI SAYA TIDAK PERLU TAKUT SAYA DIAMBIL LELAKI LAIN SEPERTI DULU. APA SEMUA YANG PASANGAN BERCINTA LAKUKAN, KINI KAMI LAKUKAN DENGAN HALAL. DAN KAMI BOLEH LAKUKAN LEBIH DARI ITU, DENGAN HALAL. TIDAK PERLU RISAU. KAMI AMAN DAN BAHAGIA. SAYA DAN SUAMI MASIH BERCINTA. MASIH BELAJAR MENGENAL SESAMA SENDIRI. DAN PERCAYALAH, TAK GUNA BERCINTA LAMA-LAMA.
SEGANLAH KELUAR DENGAN PASANGAN YANG TIDAK HALAL UNTUK ANDA. SAYA DAN SUAMI, MASIH SEPERTI PASANGAN YANG BARU BERCINTA. SAYA MAMPU TANGGUNG HIDUP SENDIRI, KERJA DAN CARI DUIT SENDIRI. BUAT APA MENYUSAHKAN SUAMI? DAN SUAMI BERUSAHA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH (BAGI PELAJAR PERUBATAN, ANDA FAHAM MAKSUD SAYA),UNTUK MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. SAYA TAHU EGO LELAKI TERCABAR, TETAPI SAYA JUJUR CINTAKAN SUAMI SAYA. SAYA TAK INGIN JADI BEBAN, CUKUP ASAL DIA BERASA SENANG DENGAN SAYA.
TIDAK PERLU NAFKAH YANG BESAR, SEMAMPU YANG ADA SAYA TERIMA. BAKAL-BAKAL ISTERI SEKALIAN, BERSYUKURLAH DENGAN SUAMI ANDA. DAN BAKAL-BAKAL SUAMI SEKALIAN, HARGAI ISTERI KAMU. TERIMA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN PASANGAN ANDA. PERSAMAAN MEMBINA KESERASIAN, PERBEZAAN ITU MELENGKAPKAN.
REZEKI TUHAN ADA DI MANA-MANA. JANGAN PUTUS ASA. BERKAHWINLAH! SEMOGA ANDA SEMUA MERASA TENANG DAN BAHAGIA”.



http://abuhanifah.tumblr.com/post/43488466089/saya-berusia-21-tahun-dan-sudah-berkahwin-masih








Ahad, 17 Februari 2013

ARGH !!!!!!!



ASSALAMUALAIKUM

jangan buat muka pelik kenape tajuk tu ARGH!!! ..sebenarnya ade banyak sebab.. PERTAMA, perkataan ARGH !!!! tu ade dalam kalam jama'ie yang akan dipersembahkan pada hari rabu, tarikhnya tak pasti.. KEDUA, minggu ini aku penat sangat dengan bebanan ilmu-ilmu yang akan diluahkan ke exam tidak lama lagi, buka tu je aku tenagh serabut nak pikir pasla majlis penutupan tobur, MKBA, bengkel ucapan praktikal, syafawi tajwid, speaking MUET ape lagi yang aku blom sebut???? 

tapi insha allah aku masih boleh control lagi tahap ke'stresan' aku ni.. moga-moga Allah aku beri ketenangan..dan baru-baru ni, my family datang kelantan semata-mata untuk pergi kenduri sepupu aku..HAHA aku pon ikut sekali lah. ketika disamping keluarga, semua bende di APIUM automatically dilupakan ! abah ngan adik laki aku je tak ikut..yang lain semua pergi..tetapi ternyata agenda lainnya ialah utuk bershopping di WAKAF CHE YEH & RANTAU PANJANG..borong sakan aku ngan family..ade gak sedara aku yang lain..so conclusion, its double happy ! 

kiranya, terubat rindu la gak ngan keluarga terchhenta.  sebab ARGH!! yang KETIGA adalah, sebelum aku nak tidur , aku n akak bilik aku berbincang pasal UM ..syarat-syarat kelayakan utk kami di APIUM untuk menyambung di UMKL.. sanagt-sangat mencabar tau syarat die..antaranya, MUET sekurang-kurangnya BAND 3. TIDAK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..i can't believe this, but believe it or not..HAHA tapi setelah di hitung dan dikira, berapa kerat je akak-akak n abang-abang sem4 yang dapat BAND 3..hanya boleh dikira ngan jari tangan je tanpa melibatkan jari kaki ! 

itu je lah.. tak de lah  banyak sangat, saje wat cam gempak gitu..

 kakakku n adikku(yang kat belakang)

 SELAMAT PENGANTIN BARU!

 1 2 3 ready senyum !

 qiu memakai baju yang aku beli untuk die

 ketika di rantau panjang, si naqiu beli patung domo

si mizah plak beli paytung rilakuma kegilaannya

kakak aku plak beli patung ulat, kerana perasaan cemburunya terhadap aku yang juga mempunyai ulat yang 2kali ganda lebih panjang..HAHAHA

BERITA DUNIA .. berita pasal negara syria (suria) .. jika kita sangka yang syria sudah aman, sila buang anggapan anda semua jauh-jauh !! sebab ternyata, yang syria masih bergolak..rejim basyar membuat onar lagi ! 

http://youtu.be/UWch1cydJrM
Video Syabbihah (samseng) Assad menyiksa rakyat Syria...
Antara kata2 yang diucapkan "Benarkan kami setubuhi isteri engkau, kalau kau nak tengok anak-anak engkau selamat"...
Apa lagi bukti yang harus dikemukakan utk membuka mata dunia?


Photo: Sudah pasti remaja yang syahid ini dan ibunya, BUKANLAH dari kalangan pengganas atau pemberontak yang sentiasa di mainkan di kebanyakan laporan media.

Dunia masih lagi membisu... Berita seperti ini masih sunyi dari laporan-laporan di dada-dada media di rantau ini.



~ tertulis nama as-Syahid, Ibrahim. Kelihatan ibunya yang turut tercedera amat bersedih atas pemergian anaknya.
marilah kita titipkan sekudus doa buat para mujahidin syria untuk terus berjuang mempertahankan hak mereka sbg umat islam di tanah air sendiri..



WASSALAM..
jalanilah hidup kita dengan cara kita, bukan untuk memenuhi kehendak orang lain !!!!!
HIDUP NILA !

Photo
ANDA TERPAKSA MELIHATNYA DENGAN CARA YANG KREATIF.. :D

Jumaat, 15 Februari 2013

thanks to TUMBLR

ASSALAMUALAIKUM

hari ini feel macam nak letak gambar.. sebab gambar menyimpan berjuta rahsia.. tapi yang akan ditunjukkan bukanlah gambar aku with family or friends but picture with islamic and motivation quotes.. ENJOY !!!!!



 gambar di atas merujuk kpd permasalahan yang ditimbulkan oleh seseorang, actually masalah tu bukan masalah, die yang mulakn dulu..HAHAHA

 masalah yang tadi tu, lebih baik kite lupakan ke, atau kite perbaiki ?? 
mana yang lebih utama?

 kemungkinan antara kita tak minta kawan yang baik lagi memahami, tetapi Allah tetap mengurniakan nikmat tersebut..

 MARI KITA BERCUTI!!

 tanpa kita sedar, kite dah banyak kali menzalimi diri kita, tak kisah lah dari segi fizikal atau mental.. 
cth fizikal : kite ukir tangan kita sendiri dengan pisau gara-gara sedih yang amat sanagt setelah clash1 perlu ke sampai macam tu??
cth mental : fikiran kita dipenuhi dengan wajah-wajah si dia, hehehe..zina hati namanya tu!

 zaman moden kini ibarat zaman jahiliyyah dahulu kala, kenape ? lihat saja perangai kebanyakan anak-anak muda sekarang, lebih ramai yang melepak di shopping complex berbanding dengan masjid dan surau

 this is special for my girl friends out there!!






MOGA BERMANFAAT!! diri ini juga punya banyak khilaf, mohon tunjuk ajar :)