Ahad, 1 Mac 2015

Setahun kemudian...

Assalamualaikum

Dekat setahun jaku tak menaip kat blog ni. Kenapa? Tak usah lah tanya (sebab aku malas) HIHIHI >.<  Tiba-tiba terindu pula nak menaip, walaupun takde orang yang baca T_T HAHAHA tapi biyo lah aku nak menaip. 

Tahun 2014 merupakan tahun yang biasa-biasa sahaja, takde yang istimewa, aku masih gadis kampong yang terperap dalam rumah bersama watak seorang pembantu rumah ataupun bibik. Nasib lah, lagipon cuti lama. September 2014, aku menjejakkan kaki aku ke Universiti Malaya untuk Ijazah Sarjana Muda Syariah (Syariah & Ekonomi) . 

Jujur aku cakap, takde benda yang mengejutkan aku tentang UM. Well, macam biasa lah kehidupan kota, almaklumlah UM ni di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Cuma aku suka semangat politik UM ni, mereka yang terlibat dalam pilihanraya kampus haritu memang bersungguh-sungguh untuk promosikan parti masing-masing. Kita tolak tepi lah yang main kotor, yang suka main baling-baling 'TAHI'. Keputusan berpihak kepada Pro-Mahasiswa setelah menang tipis dengan musuh tradisi Penggerak Mahasiswa. 

Aku kurang bernasib baik sebab permohonan-permohonan pinjaman dan biasiswa yang aku isi ditolak. Yang paling terkesan ialah bila aku dapat tahu aku tak dipanggil untuk temuramah Pinjaman Negeri Selangor, malam tu aku sedih sangat-sangat, aku hanya mampu duduk kaku. Keyakinan aku sudah hilang bak angin yang bertiup di pantai. Aku dah putus asa, rasa macam LOSER sangat-sangat.



 Lepas tu, aku tak dapat biasiswa JPA, kali ni aku tak sedih langsung sebab aku tak mengharap. Tapi yang membuatkan air mata aku mengalir bila teringatkan mak abah aku, aku tak sanggup bagitahu diorang yang aku tak dapat. Aku bukan dari keluarga berada tapi disebabkan keputusan asasi aku hari tu tinggi, mak abah aku letak harapan tinggi untuk aku dapat biasiswa tu. Bukan rezeki aku, itu je yang aku fikir masa tu. Sem ni aku mohon lagi pinjaman selangor, aku harap sangat-sangat aku dapat kali ni. Pliss korang tolong doakan aku.

Aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang dapat biasiswa. Apa kurangnya aku dengan diorang. Then, aku mula berfikiran waras  dan terima qada' dan qadar Allah. Rezeki aku belum lagi. Aku, dosa bertimbun amal kurang. Masih berusaha peroleh redha-Nya. 

SEE YOU AT NEXT ENTRY...hope so
TERUSKAN BERDOA KAWANKU ! 
SINAR DI LUAR RETAK DI DALAM .

HAVE A NICE DAY :)

Khamis, 6 Mac 2014

Perpisahan raga Penyatuan jiwa

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah habis juga Asasi syariah di APIUM Nilam Puri, biasalah bila dah habis ni, perasaan rindu mulai terbit tanpa diundang. Sebagai contoh, aku, baru jer aku online terus bukak fb, facebook.com/cahaya.ali.1 nampak nama kengkawan yang tak pernah aku rindu, dah tu ape lagi, berkaca lah mata ku ini, hahaha .. Namun ape yang boleh ku lakukan untuk menghalang daripada perkara ini terus berlaku?? Takde ape yang aku mampu buat.

Korang ada tak kawan yang sanggup bawak kereta tengah-tengah malam, berkonvoi dalam 4 hingga 5 biji kereta dengan kelajuan 20 - 30, sebab salah satu kereta, tayarnya bocor/pancit?? Korang ade tak kawan yang cermin keretanya pecah dek kerana seekor lembu?? Korang ade tak kawan yang kaya?? (haha, ini saje je) :) 

Kami mungkin bukan majmuah terbaik, tetapi kami sememangnya majmuah yang 'happening' dan gila-gila. (menurut kata-kata Ustazah Wan Rohani) Kitorang di anggap majmuah yang sukar beri kerjasama, majmuah yang degil, keras hati dan macam-macam lagi. Tetapi sebenarnya kami majmuah yang bersatu. Kerana ape? Kerana kami sepakat, sebulat suara taknak pergi WeChat ! hahahaha, senang citer kami majmuah perpaduan ! hahaha

Disamping saat-saat manis yang tercipta, tercoret juga detik-detik pergaduhan kami, sedangkan lidah pon tergigit kan? Siri-siri pergaduhan kami ini tercetus kerana sifat kedegilan, ego, salah faham, syadid, dan macam-macam lagi. 

Tentu anda tertanya-tanya, bagaimanakah kami boleh bersatupadu setelah pergaduhan demi pergaduhan tercetus?? Hahaha, jawapannya adalah saling memahami antara satu sama lain dan kami ini sebenarnya tanpa disedari sudah seperti adik beradik yang berbeza mak dan bapa dan bukan muhrim! Macam mana tu? Macam ni, kita gaduh dengan adik kita sebab dia nak tengok wonderpet, kita plak nak tengok sinetron, mesti berlaku perang mulut kan? Pastu malam tu dah ok, sebab ape? Sebab adik-beradik biasalah tu. Macam tu lah kitorang, gaduh sekejap, ok. Gaduh lagi, ok. Gaduh besar, lama sikit baru ok. 

Terima kasih sebab kawan dengan perempuan yang muka nampak matang tapi perangai tak ubah macam kanak-kanak ribena. (saiz pon bulat, sesuai sangat lah ribena tu dengan aku, hahaha) Jasa anda Allah saja yang mampu balas dengan kebaikan. Maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan aku. 

Mungkin kita dah tak jumpa lepas ini, tapi yakinlah bahawasanya kita dah bersatu melalui memori dan kenangan. Aku isytiharkan bahawa korang sudah memiliki suku daripada neuron-neuron otak aku dan kasih sayang aku ! HAHAHA geli-geliman kot.

CUBALAH UNTUK MEMAHAMI BUKAN MENGHUKUM !! 
Friendship's Principle Number 1.

p/s  Perasan tak ayat aku bebunga mekar segar? Ha ! Inilah penangan dok rumah jadi suri rumah separuh masa menggantikan mak aku. 

ByeBye y'all. See yah :)

Khamis, 9 Januari 2014

Musim Kahwin Majmu'ah 4

Suami masa depanku,
Jangkaan saya tidak seperti seorang puteri . Saya tidak memerlukan semua kekayaan di dunia. Apa yang saya minta ialah anda kaya dengan ilmu pengetahuan. Sila jangan merasa terancam oleh label dan sijil. Mereka bermakna begitu  kurang daripada pengetahuan agama Islam saya berdoa anda miliki. Saya berdoa bahawa anda akan menjadi separuh jiwa saya yang akan membantu saya menjawab soalan-soalan anak-anak kita apabila saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan . 

Saya berdoa anda berada di sana untuk menghabiskan ayat saya dan mengajar saya di mana saya kurang, kerana saya tahu diri saya. Saya tidak mengharapkan anda kacak seperti Nabi Yusuf (' Aalayhi Salam) , saya akan cukup bersyukur anda menjadi cahaya mata saya. Jika anda dan saya memang dijodohkan bersama, jika saya gadis bertuah yang Allah ciptakan untuk kamu , maka saya pasti Allah akan membawa hati kita bersama-sama dan menjadikan kita jatuh cinta apabila kita bertemu. Bagaimana saya boleh mengharapkan seseorang yang kacak dan baik , apabila saya hanyalah seorang gadis yang cuai dan kekok . 

Surat Muslimah ini untuk suaminya, rakan kongsi masa depan beliau dan bapa untuk anak-anaknya nanti. Walaupun saya masih belum bertemu dengannya , saya berdoa agar anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat , di bawah perlindungan Allah dan barakah, tidak kira di mana anda berada. Meskipun tidak ada cara untuk menentukan bagaimana dan di mana kita akan bertemu, doa saya adalah sentiasa bersama anda , supaya satu hari nanti kita akan mencari satu sama lain pada keadaan yang baik.

♥ ♥ ♥Bakal zaujahmu :)




Rabu, 13 November 2013

MUNTADA USBU'I semester 4

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah .. Selesai sudah muntada a.k.a pementasan teater untuk semester 4. Bukan senang bukan susah muntada kali ni, lebih mencabar dan rilek...Berbekalkan tajuk mas'uli mas'uluka (ketuaku ketuamu)
kami berjaya menyelesaikan muntada dengan jayanya. Idea oleh Ekyn Suhaimi, Elisa Hadi dan Penulis Blog KISAH DIRI cerita hati >,<

Lepas je kitorang ber-3 selesai speaking MUET baru-baru ni, menunggu Cik Nasuha Rashid speaking, kitorang bermeja bulat, dan timbullah idea tu..hahaha..syukur sesangat sebab diberi akal yang waras untuk buat skrip dan keseluruhan cerita.

Aku bertindak sebagai jurugambar bebas, sebab tulah, korang takkan nampak muka aku..Hayatilah gambar-gambar sebelum Muntada : 





 Tenaga Multimedia

 Suwit tak kamik ?

Hayatilah gambar semasa dan selepas muntada yang banyak dan takde caption :





 jari je yang sempat masuk
























Menghitung detik untuk bergerak ke Terengganu.. Tak sabar untuk ke majlis 
taklim bukan talkin tau --' 

Sabtu, 9 November 2013

kunjungan pertama kami ke IOA

Assalamualaikum wbt.
Sehat ke semua?
Harap-harap semua sihat belaka.

By the way, IOA tu ape?? I - islamic O - outreach A - abim. Organisasi ini ditubuhkan kerana keprihatinan masyarakat terhadap orang-orang asli di seluruh Malaysia. Aku join yang kat kelantan the red warriors. Kenape kat Kelantan? Kat Selangor takde ke? Entahlah, sebenarnya aku pon tak tau kat selangor tu ade perkampungan orang asli ataupun tidak. Tak pernah search pulak >.< Well, basically, kitorang ade persatuan sendiri yang dinamakan PRODOA bukan PERODUA. Jangan keliru k. PRODOA stand for PROgram Dakwah Orang Asli. Meanwhile, PERODUA stands for PERempuan Original Dan Unik Asia. HAHAHAHAHAHAHAHA..

BTW, kenapa kitorang gi IOA? sebabnya adalah untuk mengajar adik-adik disana untuk mengaji Quran dan Muqaddam. Mula-mula macam takut + nervous = taner?? Boleh ke aku handle budak-budak ni nanti? Tapi semuanya ditepis kerana perasaan tanggungjawab terhadap ummah yang menebal. Alhamdulillah, everything going smoothly, except for Jenny.

Aku tak tau lah, tu kali ke berapa Jannah a.k.a Jenny bawak kereta. Aku rasa kitorang semua dalam kereta tu yang jadi driver tak bertauliah dan tak berlesen. 
JANNAH : tak nampak lampu merah, nasib baik lah kitorang mempunyai suara yang cukup lantang untuk menyedarkan Jannah yang khayal tu..
Persoalannya, siapakah yang Jannah khayalkan itu? adakah kekasih gelap ataupun terang? MISTERI NUSANTARA !! 

ATIRAF a.k.a KAK CIK : Kak cik membuat pengakuan yang mana kereta yang kami pinjam daripada MUIZ merupakan kereta 'kita' which is mean kereta tu hak milik bersama Kak cik dan Muiz. HAHAHAHAHAHA. Misteri dibongkarkan yang sebelum ini dirahsiakan.

EKIN : Time kitorang nak beransur pulang dari IOA, Ekin suruh Mustaqim tangkap gambar dia, lepas tu Mustaqim cakap, taknak lah, nanti pecah kamera aku. Ekin pon macam ' sukati kau lah ' . Tiba-tiba.............................................................................................................................................



Ekin mendapati mukanya terkena flash kamera yang dipegang oleh Mustaqim. Ekin pon cakap, tak yah nak candid sangat lah. Dan sebenarnya aku mengakui kata-kata Ekin. Sebab ape? Ekin kalau candid memang tak menjadi dan kurang cun !!!!!! HAHAHAHAHA. Lainlah aku yang sentiasa cun melecun bak bulan dipagar bintang gituw o_0 HAHAHAHA. Gurau je beb :p

 Selepas selesai sesi mengaji bersama adik-adik asli
 
 Salbiah, salsabila, salekin, ape lagi sal??

 Pencarian model untuk iklan Lip Balm. Wawa Zainal telah letak jawatan untuk menjaga Attar.

Sebelum kereta melangkah masuk ke pagar APIUM Nilam Puri, kitorang singgah kat kedai makan. Lapar lah ! Kuetiow Tomyam yang amat slurrpppp. Cukup rasa dan terlebih pedas.HIHIHIHIHI. Yang penting perut kenyang & puas hati.

Kat sini aku nak buat pengakuan, this is my first time feel this feeling. Can you feel the feeling afraid plus excited plus be cautios plus anything else.. it is like my heart gonna pop out soon. The exciting kancil journey ever ! 

 Nak cakap, bahawasanya aku dah beli powerbank PINENG melalui kawan aku, Mr. J

Pagi tadi ada ceramah Kepimpinan Sultan Al-fateh. 
Yang disampaikan oleh Ustaz Syaari.
Best dan sangat cool.
Game yang membuka hati dan minda.
Terjumpa Kak Asnida Geng Bawang. 
Kenapa penulis blog ni takde dalam gambar?
Sebabnya, aku lah photographer tak bertauliah diorang..
KUIKUIKUIKUI

Tangan pon dah penat menekan butang-butang huruf.
Thats all and have a lovely day .muahks. <3

Rabu, 16 Oktober 2013

SUPER woman ^^

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sebesar-besar nikmat hanya milik Allah pencipta alam, yang telah mengizinkan kami ( ekin dan najihah ) sampai ke Nilampuri bumi tarbiyah. 
Kronologinya lebih kurang macam ni :
6 suku pagi : bergerak dari rumah untuk ke Klang Bus Station
7 setengah pagi : sampai ke Klang Bus Station, sambil menunggu ketibaan Duli Yang Maha Mulia Cik Muda Asyikin.
8 tepat pagi : naik bas Sani Express ( bukan nak promote pakcik Sani ) 
8 suku pagi : call mak, sebab baru teringat nak call..haha
5 setengah petang ( lebih kurang lah ) : sampai sudah ke Balai Polis Nilampuri..

Kitorang menapak untuk ke kolej kediaman dengan berat hati, sesampainya kitorang kat pintu pagar, kami disambut oleh 'mak' guard. Ikutkan hati nak sapa si 'mak' guard itu, tapi nampak macam 'mak' guard tu macam tak nampak kitorang je..terbantutlah misi mulia ku itu. Aku dan Ekin berpisah ditangga yang kedua untuk membawa langkah kaki kami ke bilik masing-masing. Berjumpalah dengan Aifa dan Aqilah (MPPJTK ni tau) yang kegembiraan mendengar suara selain daripada suara mereka. HAHA .

Aku sambung menapak ke bilik aku, dan baru aku teringat, aku tak bawak kunci bilik !!!!!!!!! tak cukup dengan itu, Ekin punya kunci tak boleh nak bukak pintu bilik dia.. Apekah?????? Tapi dengan kudrat wanita yang Allah anugerahkan kepada kitorang berdua, Ekin berjaya 'memecah masuk' biliknya sendiri. Macam mana Ekin masuk? kata takleh bukak pintu..

Peralatan Untuk Memecah Masuk Bilik Sendiri : rak kasut, tong sampah, sokongan, tenaga.
Cara-caranya : terbalikkan tong sampah dan letakkannya di atas rak kasut, kemudian paksa Ekin untuk memanjat rak kasut dan tong sampah tersebut, seterunsnya memberi sokongan kepada Ekin untuk memasukkan kakinya ke tingkap tersebut, akhir sekali menolak kakinya untuk terus maju dan masuk sepenuhnya ke dalam bilik.
PERHATIAN
* Aksi ini hanya dilakukan oleh yang profesional sahaja.

Dan sebenarnya, bukan Ekin je yang jadi 'SuperWoman', Jannah yang lembut luaran keras dalaman pon jadi superwoman. Dan semuanya hasil bantuan aku..HAHA..bukan nak riak, nak tunjuk je..hihihi

Kehidupan kita, memerlukan peralatan, sokongan, dorongan dan macam-macam. Sebab apa? sebab kita ni manusia yang famous dengan kesalahan dan kelalaian. Sebab tu jugak, kita takleh hidup sorang-sorang..Fitrahnya manusia ni, hidup berpasangan dan berjemaah.

P/S : Aku rindu sama Cik Bayani & Cik Khairunnisa' & Cik Nabila where are you going?? huhu


Sabtu, 12 Oktober 2013

KAKAK AKU

assalamualaikum wbt..

Pagi tadi, aku ngan kakak aku dolan-dolan (jalan-jalan) ke sungai yg terbesar di Selangor, iaitu Sungai Besar! Untuk pengetahuan Sungai Besar terkenal dengan perindustrian kain-kainnya yang bermutu tinggi ( kot lahh) . Selain itu, ia juga terkenal dengan perusahaan kerepek dan biskut.. jadi tidak heranlah kalau aku balik Kelantan nanti bawak semua ni >.<  

Sebenarnya nak cakap pasal satu benda ni je, yang mana bersangkut-paut dengan kakak aku atau lebih manja dipanggil sebagai kak yun. Kak yun ni terkenal dengan gelaran singa betina..rawrrrrr..biasalah, kakak sulung. Tadi semasa kitorang keluar dari KASSIM , hadir dua orang muslimah yang berjubah dan berpurdah hitam, pastu berlakulah dialog antara kami berdua,

kak yun : jihot ( nama manja aku kat rumah) nanti ko jangan sampai macam tu sekali tau ( merujuk kpd muslimah sebentar tadi ) .

aku : tengok lah dulu macam mana.. insya allah satu hari nanti

kak yun : rimas aku tengok diorang.

aku : diorang nyaman damai pakai semua tu..

Perbualan kami berakhir dengan begitu sahaja.

SO WHY I PUBLISH THIS STORY ??
* the reason is, because i personally think this kind of story can give us something good and bad things.

so, what say you?? 
what do you think of that purdah muslimah?
good things OR bad things

Nampaknya, aku harus berhenti menulis sekarang kerana tak tau dah nak cakap ape dah..
BYE BYE >>> HAVE A NICE DAY Y'ALL